Buat Sendiri Penyegar Udara Untuk Rumah Anda
- Aide Khalide
- Sep 14, 2017
- 1 min read

Kini anda boleh membuat sendiri aroma penyegar untuk rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Lemon + Limau + Rosemary + Vanila
Gabungan rosemary dan vanila akan menghasilkan bau yang menyegarkan. Hiriskan beberapa keping buah lemon dan buah limau dan masukkan di dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.
Oren + Halia + Badam
Campuran aroma yang manis dari badan bersama-sama dengan bau buah oren menghasilkan aroma yang cukup sempurna. Potong oren kepada hirisan tebal dan letakkan di dalam balang. Tuangkan air ke dalam balang. Tambahkan beberapa hriis lemon untuk aroma yang lebih segar. Anda juga boleh menggunakan beberapa hiris halia. Selepas itu, tambahkan beberapa titik esen badam.
Comments