top of page

Bagaimana Ingin Kekal Segar 24 Jam Sehari?

  • Writer: Aide Khalide
    Aide Khalide
  • Sep 14, 2017
  • 1 min read

Dari pagi hingga ke petang, anda tidak habis-habis melakukan pelbagai aktiviti, sehinggakan penampilan anda mula berserabut. Solekan mula pudar dan bau badan mula muncul kerana anda banyak menghabiskan masa di luar pejabat. Walaupun ada minyak wangi, ia tidak selamanya berkesan mempertahankan baunya.

Pastinya anda inginkan bau badan yang wangi dan kekal segar untuk sentiasa berasa yakin berhadapan dengan orang ramai.

Jom ikut tips untuk kekal segar ini.

1) Mandi Dua Kali Sehari Mandi sekali sehari sahaja boleh menyebabkan kotoran melekat pada badan dan seterusnya menimbulkan bau badan. Lebih-lebih lagi apabila sampai ke rumah, anda terus baring di atas katil. Mandilah dua kali sehari dan rendam kaki dengan air suam yang ditaburi garam untk menghilangkan bau badan dan bau kaki.

2) Deadoran & Pewangi Badan anda mudah berpeluh? Jadi, jangan lupa untuk memakai deodoran yang cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan pada ketiak anda. Selain itu, semburlah minyak wangi di bahagian leher dan belakang cuping telinga. Minyak wangi yang segar dan tahan lama boleh membuatkan anda bersemangat dan yakin.

3) Kekal Positif Fikiran yang positif boleh membuatkan anda dapat menjalankan aktiviti dengan senang tanpa memikirkan perkara yang merumitkan. Sentiasa beranggapan baik untuk membentuk keperibadian yang lebih positif.

Credit: http://www.abangbrian.com


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
STAY UPDATED
CONTACT US

Penang, Malaysia

011-51226004

aidekhalide.ent@gmail.com

Name *

Email *

Message

Thanks! Message sent.

© 2017 by Aide Khalide. Proudly created with Wix.com

bottom of page