Kesukaran dalam Memilih Minyak Wangi ?
- Aide Khalide
- Sep 13, 2017
- 2 min read

Sememangnya anda pernah membeli perfume sebelum ini bukan? Tidak kira yang murah atau yang mahal ,original , dubai atau inspired perfume, baik lelaki atau perempuan sering mempunyai masalah kesukaran untuk memilih minyak wangi yang sesuai disebabkan ada pebagai jenis bauan , jenama dan botol sehingga menyebabkan pelanggan keliru dengan wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka.
Baiklah, terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya: Bau Pastikan kita memilih minyak wangi yang mempunyai bau dan aroma yang mengesankan deria bau kita. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan atau sesiapa sahaja mengenai minyak wangi yang sesuai. Kebiasaannya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita. Jika berseorangan boleh minta pandangan dari jurujual mengenai jenis bau yang anda minat dan cari selama ini samaada jenis yang lembut atau kuat, bau manis atau yang segar.
Bahan dan Aroma
Tidak dinafikan pelbagai jenis bau dan aroma yang berbeza terdapat di pasaran sekarang , Misalnya minyak wangi bauan yang berunsurkan dari kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Adalah sangat disarankan supaya memilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.
Disini ada ada beberapa kategori jenis haruman yang biasa terdapat di pasaran
Bunga-bungaan – Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.
Buah – Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.
Lautan – Elemen sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.
Kehijauan – Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi.
Oriental – Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila,kasturi, rempah dan bunga-
bungaan.
Tumbuhan kayu – Inspirasi unsur alam - haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.
Kulit
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.
Credit by: SNG RICH ( http://oppaperfume.blogspot.my )
Comments